Wednesday, September 21

20hb Sept 2011

20hb sept 2011.....2nd besday celebrated kat Brunei...means dah 2 years
++..berhijrah kat brunei....2009..2010..2011...

Thursday, August 18

bye2 BSB

alhamdulillah dgn izinNya...hari ni 18hb ogos..18 ramadhan for msia..& 17 ramadhan for brunei..
pejam celik dah smpi date tuk balik kg tganu..semoga perjalanan kami sekeluarga di lindungi Allah SWT..


Saturday, August 6

Ramadhan yg Mulia

alhamdulillah dgn izinnya kita dpt menemui Ramadhan lg..
6 Ramadhan bg Malaysia..n..5 Ramadhan bg Brunei Darus salam..

alhamdulillah juga kerana even thn ini akan beraya di terengganu tp sempat balik menjenguk keluarga di Sabah..walau hanya sempat berpuasa sehari tp seronok tengok kesibukan hamba2 Allah ini membeli belah tuk persediaan berbuka n sahur...

moga2 bukan hnya persediaan bekalan makanan sahaja yg di utamakan kerana Rahmat bulan Ramadhan ini yg harus di rebut..Allah telah membukakan pintu taubat bg hamba2Nya..mari lah kita sama2 memperbanyakkan amal ibadah dgn keikhlasan semoga segala dosa2 kita yg lalu dpt di ampunkan oleh Allah SWT..InsyaAllah...aminn.

Tuesday, July 26

selamat panjang umur my putri

selamat hari jadi anak ku...moga jadi anak kebanggaan papa n mama..jadi anak solehah..berjaya dunia akhirat..

Tuesday, July 5

syukran Dr Aidh Abdullah

alhamdulillah Ya Allah,terima kasih dgn rezeki yg di beri,dpt juga peluang mmbeli buku hasil tulisan DR Aidh Bin Abdullah Al Qarni..terjemahan Muhammad Huzaifah
melihat cover buku ini saja sudah mmbuatkan hati wanita sy berkata bahagia nya tgok buku ni..apalagi bila dpt mmbaca dan mghayati isi kandungannya..Ya Allah betapa jauhnya khidupan ku lari dr paksinya..ampun kan hambaMu ini..alhamdulillah setelah mmbaca buku ini dan buku2 lain dapat juga mmbersihkan hati nurani yg penuh dgn masalah,penuh dgn keserabutan..insyaAllah

Allah itu Maha penyayang..sentiasa mmberi peluang kpd hambaNya utk mncari ilmu n mmperbaiki diri sblm mghadapNya..

dgn ilmu yg sedikit dlm dada dpt juga di tambah dgn ilmu2 yg bermanfaat dgn dpt mmbaca isi kandungan dlm buku ini..
tidak rugi mmbeli buku2 agama walau berapa pun harganya coz ilmu yg terkandung di dlm nya tidak akan di temui di mana2..
sy harap dpt berkongsi serba sedikit ilmu yg sy ambik dlm stiap buku2 yg sy baca..kerana ia akan mmbuatkan hati kita terasa bahagia bila mmbacanya..tetapi utk mgetahuinya dgn lanjut silalah beli lah buku2 tersebut..kerana lg byk ilmu yg terkandung di dlmnya dr apa yg sy nak share.

Saturday, July 2

menjalin hubungan sesama manusia

" memiliki kekayaan harta dunia itu antara naluri manusia yg di izinkan oleh islam"

tetapi setiap harta dunia yg di miliki oleh seseorg pasti akan melalui proses penyiasatan yg rapi di hadapan Allah swt di akhirat kelak. 2 malaikat Kiraman dan Katibin yg merekodkan setiap amal dan juga harta milik seseorg.

di riwayatkan bahawa Aisyah pernah mndgr bahawa Rasulullah saw pernah bersabda mgenai seorg hartawan di kalangan sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf, bahawa beliau di janjikan Rasulullah saw antara para sahabat yg masuk syurga TETAPI dlm keadaan mengengsot.

Abdul Rahman ketika mndgr kabar itu dpt memahami bahawa punca berlaku keadaan trsebut ialah kerana beliau sorg hartawan yg memiliki harta yg byk..maksudnya beliau berhenti lama kerana pemeriksaan trhadap hartanya yg byk sbg sorg perniagaan.

menurut beberapa riwayat, antara punca beliau mnyerahkan kesemua hartanya sbyk 100 ekor unta penuh brg dagangan, ada riwayat lain mgatakan 700 unta kpd Rasulullah saw kerana beliau bimbang klu harta itu mnjadi halangan utknya memasuki syurga.

Abdul Rahman bin Auf walaupun dlm keadaan mgengsot melalui titian sirat al Mustaqim, ttpi sudah pasti amat bruntung kerana walau dlm keadaan demikian ttp brjaya melalui ujian besar itu.ia hanya di sebabkan ia memiliki harta yg byk walaupun ia dr sumber yg halal

dan bagaimana pula yg di hadapi oleh kita or pemburu harta dunia yg semuanya mggunakan riba..bagaimana nasib kita melalui titian sirat al Mustaqim yg di bawahnya kawah neraka..
tidak ada sorg pun yg dpt mngelak dr melalui titian itu di akhirat kelak,sbgmana di riwayatkan bahawa titian itu lebih halus dr rambut di belah seribu n lebih tajam drpd mata pedang.
manusia mnyeberangi titian tersebut menurut taraf ketaqwaan masing2.ada yg sepantas kilat, ada yg spt berlari dn sbgnya..


perlu di fahami ialah islam tidak pernah mghalang memiliki harta dunia kerana jika demikian tentulah Rasulullah saw tidak mmbiarkan para sahabatnya brniaga dn memiliki harta.
memiliki harta kekayaan itu antara naluri manusia, tetapi bkn sbg penghimpun harta kekayaan yg tamak sprt qarun yg di laknat Allah swt
islam mengemukakan zakat sbg peraturan supaya manusia mnjadi pemurah, dgn zakat manusia tidak akan mnjadi pengumpul harta yg bakhil kerana harta dunia ini hnya di wujudkan oleh Allah  adalah utk di jadikan alat bg manusia mnjalin hubungan dgn Allah swt dan hubungan sesama manusia.

mutiara iman 11

" dunia yg hanya lahirnya tidak di senangi oleh Rasulullah saw itu ialah dunia yg tidak di proses dgn peraturan syariat".

Rasulullah saw bersabda:

" klu sekiranya dunia ini berharga di sisi Allah swt maka walau sberat sayap nyamuk nescaya tidak akan di berinya kpd org2 kafir walau seteguk air"
                                                           ( HR At-Tirmidzi )

pantang larang

" sifat sorg pencari ilmu sentiasa mengkaji perkara2 yg mmberi manfaat, bukan sekadar utk kehidupan di dunia yg sementara"

drpd Anas, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud :
" ketahuilah bahawa dunia ini mal'unah (di laknat) kecuali zikrullah dan org yg berilmu serta mereka mmpelajari ilmu."
demikianlah nasihat Rasulullah saw ttng dunia. sesungguhnya ia bknlah sesuatu yg brharga bg Allah swt, justeru dunia di kutuk sekiranya semata2 dunia yg tiada hubung kait dgn matlamat akhirat. dunia yg di raih tanpa mengingati Allah swt akan mnyebabkan manusia mnjadi hamba dunia.

kecuali apabila dunia di tadbir dgn zikrullah iaitu dgn mengingati Allah swt sama ada zikrullah dgn hati dan lidah yg sentiasa ingat dan takut akan Allah swt atau zikrullah dgn amalan, iaitu sentiasa prihatin trhadap kegiatan duniawi yg di batasi dgn halal haram makruh sunat.
andainya dunia tidak mmpunyai pantang larang halal haram tiada di bezakan, riba yg Allah swt dan RasulNya perangi habis-habisan, sayangnya mereka jadikan suatu sistem muamalat yg di agung2kan. malah jika tanpanya di anggap dunia tidak maju,maka jelaslah dunia spt di laknat Allah swt

manusia sekadar singgah sebentar di dunia, justeru dia harus merenung jauh dan mengingat kembali peranannya di dunia ini

jutawan melampaui batas

" jika manusia tidak berusaha, maka rezeki yg sudah di janjikan oleh Allah swt itu nescaya akan terlepas dr tangannya".

Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

" tiada yg di nanti oleh seorg antara kamu melainkan menunggu kaya yg jadi pelampau atau menunggu tanpa usaha sampai jadi miskin shingga lupa halal dan haram, atau menunggu shingga di landa sakit yg mnyebabkan punah seluruh tenaga utk berusaha, atau duduk diam shingga mnjelang tua kemudiannya tidak terdaya lg mlakukan sesuatu or duduk diam shingga dtg ajal secara mengejut".

5 soalan tidak di jwb dgn Lidah

" Allah swt kurniakan hidup dgn kelahiran manusia drpd rahim ibu, sebagai 1 rahmat yg mesti di syukuri ".

kita dapati di kalangan manusia, ada yg mnggunakan perkataan 'sibuk' sbg alasan..bila gagal mghadiri prjumpaan or tidak dpt hadir majlis tertentu or jarang datang ke masjid berjemaah..bila di tanya maka jawapannya standard ' sibuk'.

apakah sibuk itu alasan yg sebenar?..namun persoalan yg di tekankan oleh Rasulullah saw dlm hadis itu adalah mengingatkan kita betapa masa itu sgt bernilai, masa adalah tua..manusia telah di tetapkan usianya sejak azali lg

masa n usia amatlah trbatas bg makhluk brnama manusia, umur bg umat aftr Rasul tidaklah pjg, sesuai dgn fizikalnya yg semakin lemah apabila menjelang usia tua.
tidak spt pohon kayu di hutan, semakin lanjut usianya maka semakin kukuh urat2 kayu itu dn smakin mencengkam akarnya dn mampu hidup ratusan thn.

begitulah 5 kesempatan yg di kurniakan Allah swt kpd hamba-Nya
muda sblm tua,sihat sblm sakit, kaya sblm miskin, lapang sblm sibuk dan hidup sblm mati.

5 perkara itu akan di tanya sbaik sahaja di bangkitkan di hari Masyar, semua soalan tersebut mesti di jwb, sygnya yg mnjwb kelak bknlah lidah tetapi pengakuan dr setiap anggota yg bertanggungjwb melakukan sgala tindakan samada amalan kebaikan dan kejahatan.

Mutiara iman 10

" harta boleh di capai sebanyak mana dan sedaya yg mampu di lakukan manusia, tetapi jangan sekali menjadi Qarun yg mabuk dgn kekayaannya".

so renung2kan..

Thursday, June 30

bahan rujukan 2

alhamdulillah syukur pd hadrat Illahi atas rezeki yg di beri dan kesihatan yg amat berharga ini..semua ini dtg dr Allah swt..yg sentiasa mmberi hambaNya peluang utk menilai dan muhasabah diri setiap masa.

alhamdulillah selepas bercuti ke Miri even hanya sehari tapi dpt juga buku2 bacaan utk menambahkan ilmu di dada.tak der reason sebenarnya tuk someone mgatakan mcmana utk menimbah ilmu..klu di pasaran skrg mcm2 bahan sbg panduan n rujukan tuk lebih menjadi baik..terpulang pd individu jer samada sanggup or tidak mmbelanjakan wang rm hanya tuk pelaburan di akhirat..klu ikutkan hati semua nak beli tp hanya ini yg termampu buat kali ini..semoga Allah mmberikan limpahan rezeki yg berlipat ganda tuk hambaNya meneruskan kehidupan ini menuju jalan yg di redhai..Amin..


Mutiara Iman 9

Apa yg berlalu biarlah berlalu, cita-cita adalah harapan yg belum pasti..dan bagimu hanyalah saat yg sedang di jalani..


" tiada daya untuk menghindar dr kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dgn pertolongan Allah swt ".

Monday, June 27

masa muda untuk masa tua

 1. Penuhi Masa Muda utk kebahagiaan masa tua.

" jika masa remaja tidak di gunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua".

Allah swt menganugerahkan peluang secara percuma utk hamba-Nya.kita diminta supaya merebut peluang2 itu serta memanfaatkan sepenuhnya.

di riwayatkan oleh At-Tirmidzi n Muslim drpd Amru bin Maimun R.A bahawa pd suatu hari Rasulullah saw telah menyampaikan pengajarannya kpd seorg lelaki, yg bermaksud:

" Rebutlah peluang 5 perkara sblm dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda engkau sblm dtg masa tua, masa sihat  sblm sakit,masa kaya engkau sblm jatuh miskin, masa lapang sblm waktu sibuk dan masa hidup sblm dtg saat kematian".

" sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dlm bentuk yg sebaik2nya, kemudian kami kembalikan dia ke tmpt yg serendah2nya.kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh, maka bg mereka pahala yg tiada putus."

                                                                                                                              surah At-Tin(95: 4,5 n 6)

mutiara iman 8

hai org2 yg beriman, bertaqwalah kamu kpd Allah dan katakanlah perkataan benar, niscaya Allah memperbaiki bg mu amalan2 mu dan mengampuni dosa2 mu, dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yg besar
                                                                         (Al-Ahzab [33] ayat 70-71)

Sunday, June 26

cinta Nabi Yusuf & Zulaikha

menyingkap kisah cinta yg tak lapok dek panas, tak lekang dek hujan. kisah cinta Nabi Yusuf a.s & Zulaikha. ramai yg telah tahu bgmana kekacakan Nabi Yusuf a.s sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta kpd nya.

Nabi Yusuf a.s. di masukkan ke dlm penjara setelah  Al- Aziz pembesar Mesir pd masa itu yg juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yg patut di lakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf a.s dan menarik baju yg di pakai Nabi Yusuf a.s hingga terkoyak di belakang. namun dgn izin Allah sorg bayi yg kebetulan ada di situ berkata2 n mmbersihkan nama Nabi Yusuf yg suci. selepas peristiwa itu Zulaikha menjadi gila kerana tidak dpt menahan rasa cintanya kpd Nabi Yusuf hingga Al- Aziz terpaksa melepaskannya.

setelah 12 thn brlalu Nabi Yusuf a.s di bebaskan dr penjara dan akhirnya baginda di lantik menjadi raja.
hinggalah pd suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf a.s berjln2 di pasar, baginda terjumpa sorg perempuan tua yg gila n asyik menyebut2 namanya.Rupanya perempuan itu adalah Zulaikha. dgn izin Allah ,Zulaikha mnjadi muda kembali hasil dr mukjizat Nabi Yususf.a.s dan mereka berkahwin.

setelah peristiwa itu Zulaikha menemui cinta yg lebih abadi, Zulaikha kini benar2 bersyukur kerana Allah swt yg Maha Pengasih dan Penyayang telah mmberikan peluang ke dua pd nya. cinta Zulaikha kpd Nabi Yusuf telah luput, digantikan dgn cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. masanya di habiskan dgn bermunajat kpd Allah hingga beliau tidak mmpedulikan Nabi Yusuf yg sewaktu dulu di gilainya.

cinta binasa & cinta kekal

1. cinta kpd makhluk binasa dan cinta kpd ALLAH kekal.

cinta adalah salah satu drpd kurniaan Allah kpd manusia, ruang lingkup cinta terlalu luas sebenarnya namun manusia yg sering mengecilkannya. cinta makhluk kpd Yang Maha Esa adalah cinta yg paling agung di antara segala cinta.
kerana itulah para syuhada menentang musuh dgn penuh keberanian tanpa bimbang terkorban dlm perjuangan kerana cinta kpd Allah.

cinta Rasulullah saw kpd umatnya dpt di lihat dgn jelas sewaktu peristiwa baginda di baling dgn batu oleh org2 Taif. sewaktu Malaikat Jibril bertanya kpd baginda apakah baginda ingin Allah menurunkan bala kpd penduduk Taif, baginda menyatakan bahawa mereka blm mengenal kebenaran, malah baginda mendoakan agar hati mereka terbuka untuk menerima syiar islam.

begitu juga cinta para sahabat yg dalam kpd Rasulullah saw hinggakan sanggup berada di samping Rasulullah saw walaupun nyawa mereka terancam.

makna cinta

cinta adalah tumpahan perasaan kpd yg di cintai. kalau yg di cintai anak,maka anak itulah yg di cintainya, kalau yg di cintai isteri, maka isteri itulah yg di cintainya. Begitu pula kalau yg di cintai Allah, maka Allah itulah yg di cintainya.

Cinta adalah sumber tenaga n kekuatan, sehingga sanggup brkorban demi mmpertahankan cinta. cinta org tua kpd anak atau cinta suami kpd isteri n sebaliknya, mestilah di buktikan dgn pengorbanan n perjuangan, barulah cinta itu tulen.
cinta kpd tanah air misalnya, mestilah di buktikan dgn ketaatan n kesetiaan kita kpd bangsa n negara. begitu pula cinta kpd Allah ia memerlukan kpd satu pengorbanan tuk memastikan ketulenan cinta tersebut.

bila kita sanggup berjuang berhempas pulas tuk mmbuktikan cinta kpd anak n isteri dgn mmberi apa sahaja yg mereka mahu, maka tidak ada sebab mengapa kita tidak sanggup melakukan perkara yg sama tuk mmbuktikan cinta kita kpd Allah.

berbeza cinta kita kpd makhluk sama ada anak,isteri, suami, org tua n sbgnya, maka cinta kpd Allah mrupakan sumber kebahagiaan yg hakiki.
cinta kpd makhluk akan berakhir dgn berakhirnya kehidupan ini. tetapi cinta kpd Allah kekal hingga di bawa mati. malahan cinta kpd Allah akan menolong kita drpd azab-Nya di akhirat dan seterusnya menikmati kehidupan yg kekal penuh keseronokan n kesenangan.
  
                                                                    (Al-imam Ibnul Qayyim Al-Jauziah)

cinta & rindu kpd Allah

" katakan lah : " jika kamu benar2 mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa2mu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
" katakanlah: " Taatilah Allah dan Rasul-Nya jika kamu berpaling maka sesungguhnya Allah tidak menyukai org2 kafir ".                 
                                                                         (surah Ali-Imran ayat 31-32)

2 bendera di depan pintu

105.
Rasulullah saw bersabda:

" siapapun yg keluar dr rumahnya tuk suatu tujuan ,di pintunya ada 2 bendera iaitu bendera di bawah pimpinan malaikat dan bendera di bawah pimpinan syaitan. apabila seseorg itu keluar rumah untuk tujuan2 yg di redhai Allah maka ia  berada pd bendera malaikat, demikianlah seterusnya sehingga dia pulang ke rumah. apabila seseorg itu keluar rumah utk tujuan kejahatan maka ia di bawah pimpinan syaitan dan begitulah seterusnya."
                                                                                    (HR.Ahmad dan Thabrani).

jgn panjang angan2

106.
Rasulullah saw bersabda :

" sesungguhnya hal2 yg paling aku takutkan mengena kamu semua ialah dua perkara yakni mengikut hawa nafsu dan panjang angan2. mengikut hawa nafsu itu dpt menutup dr kebenaran dan panjang angan2 itu menyebabkan cinta kpd dunia."
                                                                  (HR.Ibnu Abbidunya).

mutiara iman 7

sesungguhnya Allah swt telah menyembunyikan 6 perkara iaitu:

1. Allah swt telah menyembunyikan ----- Redha-Nya dlm taat
2. Allah swt telah menyembunyikan ----- Murka-Nya dlm maksiat
3. Allah swt telah menyembunyikan ----- Nama-Nya yg maha Agung dlm Al-Quran
4. Allah swt telah menyembunyikan ----- Lailatul qadar di dlm bulan Ramadhan
5. Allah swt telah menyembunyikan ----- solat yg paling utama di dlm solat 5 waktu
6. Allah swt telah menyembunyikan ----- tarikh terjadinya hari kiamat di dlm semua hari.

jgn meninggikan suara melebihi suara suami

107.
Rasulullah saw bersabda :

" isteri manapun yg mengeraskan suara atau melebihkan suara melebihi suara suaminya, maka dia akan mendapat laknat dr segala sesuatu yg di sinari mata hari."
                                                                                      (HR.Umar bin Khattab)

kewajipan mnjaga hak org lain

108.
Rasulullah saw bersabda :

" tunaikanlah amanah itu kpd org yg mmpercayaimu, dan jgnlah kamu mengkhianati org yg mengkhianatimu."
                                                                                   
                                                                                                 (HR.Tarmizi dan Abu Daud)

" berikan lah upah buruh itu dgn segera sblm kering peluh di badannya."
                                                                                               (HR.Ibn Majah)

larangan berpecah belah

109.
Rasulullah saw bersabda :

" sesungguhnya Allah redha terhadap 3 perkara dr tingkah laku mu, benci untuk mu 3 perkara pula.
Allah senang kerana menyembah kpd Nya dan tidak menyekutukanNya dgn sesuatu apapun. dan hendaklah kamu berpegang teguh kpd tali Allah dan jgn bercerai berai. dan hendaklah kamu senang mmberi nasihat kpd org yg di jadikan Allah mengurus urusan mu. dan Allah benci akan org yg selalu berckp kata2 yg sia2 dan menyia-nyiakan harta benda."
                                                                                               (HR.Muslim)

selalu menunaikan hak suami

110.
sorg perempuan dtg bertanya kpd Rasulullah saw serta menerangkan, katanya : " sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sblm aku berumahtangga, ajarkanlah kpd ku, apakah hak suami terhadap isterinya ?
Rasulullah saw menjwb :

" sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu di jilat iserinya, masih belmu juga terbayar hak suaminya itu. dan jika sekiranya manusia di bolehkan sujud kpd manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kpd suaminya."

                                                                                 (HR.Al - Hakim).

mutiara iman 6

kata Ibnu Qayyum:

" di dlm hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt,
  di dlm hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali mendekatkan diri pd Allah swt
  di dlm hati manusia ada kesedihan dan kegelisahan dan tidak akan tenang kecuali berlindung dgn Allah swt
  di dlm hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali Redha dgn suruhan dan larangan Allah swt
  di dlm hati manusia ada keinginan dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kpd Allah dan bermohon kpd Nya

kewajipan menuntut ilmu

hak wajib belajar antara lelaki n perempuan sama2 di wajibkan Allah, kerananya Rasulullah saw telah bersabda :

" menuntut itu adalah kewajipan bg tiap2 org islam baik lelaki maupun perempuan."
                                                                                                    (HR.Ibnu ' Ady dan Baihaqi)

juga kpd suami di beritahukan oleh Rasulullah saw harus memberi izin isterinya untuk pergi ke masjid, tuk belajar atau mengerjakan ibadah.
sabda Rasulullah saw : " apabila isterimu meminta izin kpd mu pd malam hari untuk pergi masjid,maka izinkanlah mereka itu."
                                                                                                (HR.Bukhari dan Muslim)

mutiara iman 5

Rasulullah saw bersabda maksudnya:

" setiap mata akan menangis pd hari kiamat kecuali mata yg menutup dr melihat sesuatu yg haram,
mata yg berjalan malam dlm jihad pd jalan Allah dan mata yg menitiskan airmata sekali pun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah "
                                                                                 (HR.Abu Naim)

tentang jiwa yg kotor

di dlm kehidupan ini kita telah tahu bahawa ada 2 mcm pnyakit yg telah mgganggu manusia.first penyakit mgenai anggota badan atau jasmani spt demam dll
2nd: penyakit kerohanian iaitu bersifat kejiwaan.

adapun penyakit yg kdua iaitu pnyakit rohaniah,ubatnya hanya 1 iaitu dgn jln mnyucikan jiwa sndiri dgn mgamal kan n mghayati petunjuk2 yg di berikan oleh agama,baik Allah n Rasul-Nya.

penyakit rohani itu byk mcmnya. dlm 1 hadis di jelaskan Rasulullah saw sbg berikut :
" sesungguhnya umatku akan di timpa oleh suatu penyakit umat. para sahabat bertanya : " Apakah penyakit itu?
   Nabi mnjwb : " 1. kufur nikmat 2. sombong 3. tamak  4. berlumba2 smpi kpd perkara buruk  5.benci mmbenci  6. dengki mendengki shingga melampaui batas iaitu berlaku kejam.
                                                                                      (HR.Ibnu Abid Dunya)

 dlm sbuah hadis Rasulullah saw menjelaskan :
" ada 3 perkara, dimana tiap2 umat tidak terlepas drpdnya, iaitu Hasad dengki, buruk sangka dan berselisih.
mahukah aku tunjukkan kpd kamu jln keluar dr tiga perkara itu.
iaitu apabila engkau BERBURUK SANGKA,JGNLAH ENGKAU KUATKAN BURUK SANGKA MU, apabila engkau HASAD DENGKI ,JGNLAH BERLAKU KEJAM dan apabila engkau BERSELISIH FAHAM ,maka JGNLAH ENGKAU MENYAKITI
                                                                                   (HR.Abu Daud)

Penghargaan terhadap kaum hawa

sungguh besar skali fungsi wanita sbg ibu yg di berikan oleh Nabi. oleh kerana itu anak mmpunyai kewajipan supaya mnghormati ibunya, sebab ibulah yg paling dekat dgn anknya dlm kehidupan shari2.

kehidupan sorg manusia,sbhgn besarnya adalah brgantung kerana kasih mesranya sorg ibu, sebab ibulah yg mgandung,ibulah yg mlahirkan n ibu pula yg mnyusukan.sbb itu dlm sbuah hadis di jelaskan oleh Rasulullah:

" ketika dtg seseorg kpd Rasulullah saw lalu bertanya: " siapakah org yg paling brhak saya pergauli dgn baik? jwb beliau : ibumu. " kemudian siapa lagi? jwbnya lagi: " ibumu! kemudian siapa? jwbnya " ibumu! dan lalu siapa lg? jwb beliau : "ayahmu!
                                                                                                (HR.Bukhari dan Muslim).

" Ibnu Mas'ud brtanya kpd Nabi, Ya Rasulullah! apakah amal yg lebih mulia? jwb Nabi mengerjakan solat pd waktunya, lalu saya katakan : kemudian apa lagi?
jwb Nabi, berbuat baik kpd ibu bapa. lalu saya tanyakan lagi : kemudian apa lagi? jwb Nabi jihad di jln Allah.
                                                                                           
                                                                                                 (HR.Bukhari dan Muslim).

Saturday, June 25

mutiara iman 4

sesungguhnya apabila suami isteri itu berpegangan tangan dgn penuh kasih sayang
maka gugurlah segala dosa dosa kecil dari celah-celah jari mereka.

Keutamaan mmpunyai anak perempuan

Imam Ghazali dlm perkara ini brpendpt; hendaknya org jgn trlalu brgembira kerana mmpunyai ank lelaki n jgnlah pula trlalu susah kerana mmpunyai anak perempuan, kerana dia blm tahu  mana di antara mereka yg lebih baik. byk org yg mmpunyai harapan supaya mereka dpt anak lelaki n byk juga yg mgharapkan supaya mmpunyai anak perempuan ,tuk di ketahui bahawa kebahagiaan itu biasanya trdpt pd byknya anak perempuan, dan pahala itupun lebih byk trdpt pd anak2 perempuan.

dlm perkara ini Rasulullah saw bersabda :

" barangsiapa yg mengasuh atau memelihara 2 org anak perempuan sehingga besar, nanti pd hari kiamat aku dgn dia spt ini: sambil Nabi merapatkan jarinya."
                                                                              (HR.Bukhari dan Muslim).

" barangsiapa yg mndpt kesusahan di sebabkan mmpunyai anak2 perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kpd mereka, nanti pd hari kiamat mereka akan mnjadi dinding bgnya dari api neraka."

" barangsiapa yg memelihara 2 org atau 3 anak perempuan atau 2 or 3 saudara perempuan serta mendidiknya, maka org itu akan masuk syurga."
                                                                        (HR.Tarmizi dan Abu Daud).

mutiara iman 3

" hai org2 yg beriman , bertaqwalah kpd Allah dan hendaklah setiap diri itu memerhati dan merenung apa yg telah di perbuat tuk hari esok (akhirat)
dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yg kita lakukan."

" ingatlah wahai org2 beriman anak kunci pintu syurga itu adalah TAQWA..".

Larangan di bulan Ramadhan

Larangan melakukan persetubuhan pd siang hari di bulan Ramadhan

Hadis Rasulullah saw menerangkan:

"Dari Abu Hurairah r.a katanya: " seorg lelaki dtg kpd Rasulullah saw lalu dia berkata: " saya celaka. ya Rasulullah!" tanya Rasulullah saw : " mengapa engkau celaka ? " saya menyetubuhi isteri sy pd siang hari di bulan ramadhan."
Rasulullah saw bersabda : sanggupkah engkau memerdekakan sorg hamba sahaya?"
lelaki itu menjwb : " Tidak , ya Rasulullah!"

Rasulullah saw bertanya lagi: " sanggupkah engkau berpuasa dua bulan berturut2?"
lelaki itu mnjwb : Tidak!

Rasulullah saw bertanya lagi : sanggupkah engkau memberi mkn 60 org miskin?
lelaki itu mnjwb : Tidak!

kata Abu Hurairah : " kemudian org itu duduk, tiba2 di bawakan org kpd Nabi saw sebakul kurma. maka bersabda Nabi saw kpd org itu: " bersedekahlah kamu dn sebakul kurma!.
kata lelaki itu: " siapa pulakah lg yg lebih fakir drpd kami? tidak ada keluarga yg memerlukannya melebihi keperluan kami."

Nabi tersenyum mendengar kata org itu sehingga kelihatan giginya. lalu beliau bersabda : " pulanglah kamu! bawalah kurma itu tuk makan keluargamu!"
                                                                                 (HR.Bukhari)

Baik perempuan n lelaki kdua2nya sama wajib mmbyr kiffarat apabila keduanya mlakukan persetubuhan pd siang hari di bln ramadhan dgn sengaja or serta sedar.sedangkan mereka telah berniat akan puasa. jika mereka bersetubuh kerana lupa atau tnpa ikhtiar umpamanya kerana di paksa or mereka blm berniat akan puasa, menurut kesepakatan ulama mereka wajib mmbayar kiffarat.

oleh kerana itu wahai kaum wanita, jgnlah izinkan suamimu mensetubuhi kamu pd siang hari di bulan ramadhan, sedangkan kamu berdua dlm keadaan puasa.

mutiara iman 2

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:

" kekayaan itu bukanlah di capai dgn byknya harta yg menimbun tetapi ia di capai dgn kayanya hati".

" kaya itu bukanlah di ukur dgn byknya harta benda akan tetapi kaya yg sebenar adalah kaya hati".

" org yg kaya hatinya akan sentiasa memiliki sifat Qana'ah iaitu dgn menerima apa yg Allah berikan,,sentiasa redha dan merasa puas atas usahanya.tidak tamak tuk mengejar sesuatu yg berlebih2an tanpa keperluan dan tidak juga mengejar dunia serta tidak pula meminta2 ,seolah2 dia sentiasa memiliki segalanya."

                                                                                           (HR.Bukhari).

selalu berkata benar

Rasulullah saw bersabda:

"kamu harus berkata dan berbuat benar,sebab benar itu mmbawa kebaikan,sedangkan kebaikan itu mmbawa ke syurga. seseorg tidak henti2nya berkata n berbuat benar n mncari kebenaran,sehingga di tulis di sisi Allah sbg Siddiq (tukang benar). dan kamu jgn berkata n berbuat dusta,sebab dusta itu mmbawa kejahatan,sedangkan kejahatan mmbawa ke neraka. seseorg tidak henti2nya berkata n berbuat dusta dan mencari kedustaan sehingga dia di tulis di sisi Allah sbg Kazzab (tukang pendusta)."
                                                                                       (HR.Bukhari).


sabda Rasulullah saw lagi:
" seorg hamba tidak beriman seluruhnya,kecuali jika dia tidak suka berdusta dlm bergurau,tidak pula suka mengejek,walaupun yg di ejeknya itu benar."
                                                                                 (HR.Ahmad).

mutiara iman 1

Menurut Syeikh Ibrahim Adham antara sebab hati mati ialah :

1.mengaku kenal Allah swt tetapi tidak menurut perintahNya
2.mengaku cinta Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnah baginda
3.membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkan hukum2 yg terkandung di dlmnya
4.memakan nikmat2 pemberian Allah swt tetapi tidak mensyukurinya
5.mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya
6.mengaku adanya nikmat syurga tetapi tidak beramal n berusaha tuk mendptkannya
7.mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha tuk menjauhinya
8.mengaku kematian pasti tiba bg setiap makhluk yg hidup tetapi tidak bersedia mnghadapinya
9.menyibukkan diri dgn aib org lain tetapi lupa pd keaiban yg ada pd diri sendiri.

Niat yg Ikhlas

Rasulullah saw bersabda :
" sesungguhnya nilai perbuatan itu bergantung dgn niatnya n sesungguhnya bg stiap org, ganjaran itu sesuai bgmana niatnya. barangsiapa hijrahnya kerana menuruti perintah Allah n Rasul-Nya nescaya hijrahnya di terima oleh Allah dn di beri pahala".

" sesungguhnya Allah mencatat kebaikan n kejahatan kemudian mnjelaskan kduanya. maka siapa yg brniat tuk brbuat kebaikan, kemudian tidak di kerjakannya, Allah mncatat utknya 1 kebaikan pahala, dan jika kemudian di kerjakannya maka di catat 10 kebaikan pahala .dan apabila sesorg brniat akan brbuat kejahatan, kemudian tidak di kerjakannya,maka Allah mncatat bgnya 1 pahala .n jika niat jahat itu di laksanakan maka di tuliskannya 1 timbangan kejahatan brgantung kpd kejahatan yg di lakukannya...
                                                                                  (HR.Bukhari n Muslim).

Redha terhadap Qadha n Qadar Allah

Rela trhadap ketentuan,kehendak dan kekuasaan Allah adalah wajib hukumnya dan merupakan tanda adanya iman di hati seseorang. dalam sebuah hadis Qudsi di jelaskan bahawa Allah berfirman :

" barangsiapa yg tidak meredhai qadha-Ku n tidak bersabar atas bencana yg Aku timpakan atasnya, maka carilah Tuhan yg lain selain dr pada-Ku."
                                                                                           (HR.Thabrani)

dlm Al-Quran Allah berfirman :

Ertinya: " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka di biarkan sahaja mengatakan : " Kami telah beriman." sedang mereka tidak di uji? dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sblm mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar n sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta dlm keimannya)."
                                                                                        (Al-Ankabut: 2-3)

dgn berdasarkan ayat di atas maka Rasulullah saw bersabda :
" Bahawasanya Allah akan mncuba salah sorg dr kamu dgn sesuatu bencana (bala), sbgmana seseorg dr kamu dicuba atau diuji emas dgn api. maka diantara mereka ada yg kluar spt emas asli, iaitu mereka yg di lindungi n di pimpin oleh Allah dr perkara syubaat,n ada di antara mereka yg kluar sbg emas hitam iaitu bg mereka yg mndpt fitnah,"                                            
                                                                                     (HR.Thabrani)

jgn berbuat dosa besar

Rasulullah saw bersabda:
" jauhkanlah oleh mu 7 kejahatan yg mmbinasakan."
para sahabat bertanya apakah 7 kejahatan itu ya Rasulullah? " Rasulullah saw bersabda " mempersekutukan Allah,
mengamalkan sihir , menghilangkan nyawa seseorg yg di haramkan Allah, kecuali dgn hak, makan riba,makan harta ank yatim piatu, melarikan diri pd waktu peperangan dan menuduh berzina..perempuan2 mukminah yg suci n terpelihara."
                                                                                 (HR.Bukhari dan Muslim)

dalam hadis yg lain pula di terangkan :

" Mahukah saya khabarkan kpd mu tntang dosa yg paling besar diantara dosa besar?

iaitu : Mempersekutukan Allah, durhaka kpd ibubapa n perkataan jahat atau keji.

menerima ciuman suami di bln Puasa

" Dari ' Amr bin Abi Salamah r.a.bahawasanya dia brtanya kpd Rasulullah saw : " bolehkah org yg sedang puasa brcium?
Jawab Rasulullah saw : " Tanyakanlah kpdnya," sambil beliau menunjuk kpd Ummu Salamah, isteri Rasulullah saw

Ummu Salamah mnceritakan kpd 'Amr, bahawa Rasulullah saw pernah menciumnya.
kata 'Amr, " Ya, Rasulullah ! sesungguhnya Allah telah mengampuni dosamu yg telah lalu n yg akn datang."

Jwb Rasulullah saw: " ketahuilah ,demi Allah! sesungguhnya aku org yg paling taqwa n yg paling takut kpd Allah drpd kamu semuanya."
                                                                                     (HR.Muslim)

Apa yg di lakukan oleh Rasulullah saw sbgmana yg di ceritakan dlm hadis di atas adalah sbg alasan bahawa si isteri tidak brdosa menerima ciuman suaminya pd siang hari di bulan Ramadhan.


dlm hadis yg lain pula di terangkan:
" Dari Aisyah r.a katanya : Nabi SAW ingin menciumnya..lalu aku katakan kpd beliau: " Aku Puasa!
jwb Rasulullah saw : " aku juga puasa. Lalu beliau menciumku."
" Haqim bin Aqqaal brtanya kpd Aisyah r.a.: " Apakah yg haram bgku trhadap isteriku ketika puasa?"
Jawab Aisyah : " Farajnya ! "

" Masruq brtanya pula kpd Aisyah r.a. : " Apakah yg halal bg sorg lelaki puasa trhadap isterinya?"
jwb Aisyah : " Segala-galanya. selain berjimak."

bahan rujukan 1




Jgn menerima Tamu yg di benci Suami

Rasulullah saw bersabda :

"Tidak di halalkan bg seorg isteri yg beriman kpd Allah, untuk mengizinkan seseorang masuk ke dlm rumah suaminya, pd hal suaminya benci , dan tidak di halalkan seorg isteri keluar rumah sedangkan suaminya tidak senang atau suka ."       
                                                                       (HR.Hakim)

Thursday, June 23

menyenangkan hati suami

Rasulullah saw bersabda:
" sukakah kamu aku ceritakan bakal isterimu di syurga? para sahabat menjawab; "tentulah sahaja kami suka."
maka Rasulullah saw bersabda, " iaitu setiap isteri yg kasih syg dan ramai anak, dan apabila ia di ganggu oleh suaminya lalu ia menyerahkan dirinya dan berkata, " ini lah tanganku terserah pd mu,saya tidak akan dpt tidur hingga engkau rela kpdku."   
                                                                                       (HR Thabrani)

isteri yg solehah itu tidak akan menyusahkan suaminya,ia selalu berusaha tuk mghilangkan kesusahan suami dan ikut serta mmbantu menyelesaikan masalah yg sedang di hadapi.

di dlm sebuah riwayat di ceritakan bahawa Nabi Muhammad saw setelah menerima wahyu yg pertama di Gua Hira, diamenceritakan kpd isterinya Khadijah tentang semua suka duka yg dialaminya, supaya mndpt sokongan,bantuan n hiburan dr isteri tercinta, isteri yg terkenal sbg sorg wanita Quraisy yg paling cerdas akalnya dan luhur budi pekertinya itu,sgt mengerti apa yg di harapkan oleh kekasihnya.dgn penuh kehangatan dan kasih syg dia berusaha mghiburkan dan meyakinkan hati suaminya itu.
Khadijah adalah manusia prtama yg prcaya pd Kerasulan Nabi Muhammad saw. dialah yg mghibur Rasulullah saw ketika pulang dr Gua Hira,sedangkan pd masa itu Rasulullah saw dlm keadaan ketakutan yg luar biasa.kerana swaktu berada di Gua Hira iaitu pd buln Ramadhan,ia di dtgi oleh malaikat yg brkata " Hai Muhammad! Engkau adalah Rasulullah!"

Rasulullah saw brsabda:
" pd waktu itu aku duduk brsimpuh,seluruh sendi kakiku terasa spt akn tanggal. aku brjln merangkak,sedangkan seluruh tubuhku menggiggil.tergopoh gapah aku masuk ke rumah menemui Khadijah, sambil berkata : " selimutkan aku." Akhirnya rasa takutku beransur hilang." Aku ceritakan semuanya yg aku alami kpd Khadijah. lalu dgn penuh rasa prcaya n mesra dia berkata : " bergembiralah wahai Muhammad ! Demi Allah Dia tidak akan menghinakanmu sedikitpun, Demi Allah sesungguhnya diri Mu aku perhatikan ,sentiasa memelihara hubungan baik dgn keluarga,brckp benar,menunaikan amanah, tabah dlm menanggung musibah, suka menerima tamu, dan  menolong org yg di timpa bencana."              (HR.Thabrani).


itu lah Khadijah seorg wanita mulia, ia selalu menguatkan semangat n meringankan beban penderitaan suaminya. ia selalu berusaha untuk mengecilkan beban n musibah yg sedang di alami oleh si suami dlm perjuangan hingga akhir hayatnya.
kemuliaan jiwa Khadijah itu mmbuatkan Rasulullah saw tidak dpt melupakan isterinya itu shingga ketika Khadijah sakit, Rasulullah saw tidak pernah meninggalkannya, sewaktu sudah meninggal dunia,Rasulullah saw selalu mengingat n mengenang isterinya yg tercinta, yg berani n tabah dlm menghadapi suka duka kehidupan.

wasiat Rasulullah saw

taat pd suami

Rasulullah saw bersabda:
" sesungguhnya sorg isteri blm dpt di katakan telah menunaikan kewajipannya terhadap Allah sehingga ia  menunaikan kewajipannya terhadap suaminya seluruhnya.
dan jika suaminya memerlukannya,sedangkan pd waktu itu dia sedang di atas kenderaan, maka tidak blh menolaknya."

dlm hadis lain pula di terangkan bahawa siapa sahaja isteri yg dgn penuh keikhlasan dlm melaksanakan tugasnya sbg isteri, serta beriman kpd Allah, maka ia berhak memperoleh balasan syurga.

Rasulullah saw bersabda

" jika seorg isteri itu telah menunaikan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,mnjaga kemaluannya dr pd mengerjakan perbuatan haram dan dia taat kpd suaminya, maka akan di persilakanlah ia masuk ke syurga dr pintu mana sahaja yg dia kehendaki."
                                                                           (HR.Ahmad dan Thabrani)



dlm hadis yg lain pula di terangkan:
" Apabila sorg isteri meninggal dunia dan suaminya redha kpdnya ,maka ia akan masuk syurga."
                                                                           (HR.Tarmizi dan Ibn Majah)

Wednesday, June 22

katakan InsyaAllah

Malaikat Jibril a.s berpesan katakan lah InsyaAllah

sewaktu Nabi saw yg telah menunggu beberapa hari tuk mndptkan wahyu dr Allah..setelah Malaikat Jibril a.s turun maka baginda pun telah di beritahu brkaitan perkara tersebut di atas serta telah di berikan peringatan oleh Allah swt melalui Malaikat Nya melalui ayat." dan sekali kali janganlah engkau berkata tentang sesuatu urusan :' esok hari saya akan kerjakan tugas itu '...kecuali engkau berkata 'InsyaAllah ' melainkan jika di kehendaki oleh Allah )' spt yg telah di nyatakan dlm ayat 23 n 24 kerana apa yg akan berlaku esok,bukanlah di dlm pengetahuan mahupun kekuasaan kita.

di atas sesuatu yg kita rencanakan itu,masih lagi ada perencana yg lebih besar n lebih berkuasa iaitu kuasa Allah swt..oleh itu alaskan lah satu2 janji itu dgn 'InsyaAllah'..jgnlah kita pasti sgt kerana kita tidak mmpunyai apa2 daya upaya n kudrat bg menolak sesuatu yg telah di tentukan Nya..

kata2 seri kandi Agung

kata2 seri kandi Agung Saidatina Khadijah di saat kematiannya..

" wahai Rasul utusan Allah, jika tiada lagi harta atau hal lainnya yg brsama ku untuk ku sumbangkan demi dakwah islam andai selepas kematian ku,..tulang2 ku mampu di tukar dgn Dinar / dirham ,maka gunakanlah demi kepentingan dakwah yg panjang ini".

Pengorbanan Agong

Nabi Ibrahim walau pun brjauhan dgn Siti Hajar & anaknya Ismail namun baginda sering mgutuskan org2 tuk mgetahui keadaan mereka.
rasa rindu kpd keluarganya ,Nabi Ibrahim pun kembali ke Bakkah bg mncari kluarganya.
dlm pncarian itu maka brtemulah mereka di pADANG aRAFAH ...dgn perasan syukur ke hadrat Allah swt..mereka pun kembali ke bakkah..dlm perjalanan itu mereka brmalam di namakn Muzdalifah.
pd mlm itu Nabi Ibrahim telah brmimpi bahawa Allah swt telah mmerintahkan tuk mgorbankan anaknya Ismail..dgn keteguhan hatinya  Nabi Ibrahim mmberitahu anaknya..dgn rela hati Ismail rela menurut kehendak ayahnya..lalu mereka brangkat  ke kaki sebuah gunung yg kini di kenali sbg Mina..
                                                                                            (surah As-Saffat ayat 101-111)

Kelahiran Ishak

swaktu Nabi Ibrahim a.s berusia 100 thn..siti Sarah pula berusia 91 thn..
pd suatu hari Allah swt telah mmaklumkan kpd Nabi Ibrahim a.s mlalui 2 malaikat yg dtg ke rumah mereka,bhwa Siti Sarah juga akn di kurniakan Allah sorg Putera..,Nabi Ibrahim a.s n siti sarah kehairanan brcmpur gembira dgn mgandung ketika usia sbgitu tua..namun mereka gembira kerana doa mereka di makbulkan Allah..
bagaimanapun itu semua khendak Allah swt..
Siti Sarah pun mlahirkan sorg putera lalu di namakn Ishak..

brmulanya perigi zamzam

dgn berbekalkan buah2an kurma kering di dlm sbuah beg sbg makanan & sbuah bekas air di dlm kulit usang,serta doa kpd Allah swt ,maka Nabi Ibrahim a.s dgn sedihnya trpaksa mninggalkn anak yg masih mnyusu n isteri ksygannya di lembah trsebut brhampiran dgn bait Allah (Kaabah di dirikan..di bawah pohon dauhah di tepi bakal perigi zamzam.
Sblm Nabi Ibrahim a.s mninggalkn Siti Hajar n anaknya di lembah Bakkah,siti Hajar mnangis seraya mrayu2 suaminya smbil mmegang tali kekang unta yg mau di pacu suaminya,lalu brkata "Ya Ibrahim! ke manakah pula engkau hndak pergi! kenapa kami di tinggalkan di sini,di tmpt yg mnakutkan,tiada manusia,n tiada apa2 pun..
siti hajar brharap agar Nabi Ibrahim a.s brsimpati..
Nabi Ibrahim dgn sedihnya mnjelaskan kpd siti Hajar bahawa semua itu perintah Allah swt.lalu baru lah  siti hajar
faham..dan ssungguhnya Allah tidak akan mnsia2kan kami di sini.

cerita selanjutnya : rajin2kan baca buku " SEJARAH HIDUP NABI MUHAMMAD SAW"..(lahirnya cahaya kebenaran Hj HUSSEINY ZAMBURI

sejarah ringkas Nabi Ibrahim

di riwayatkan bahawa,kisah awal sejarah makkah ini brmula dgn kisah Nabi Ibrahim a.s.
seorg hamba Allah yg telah di lahirkan di kutha dlm kerajaan Babylon (Al-Warka)..skrg di kenali sbg Iraq
dulunya menetap di sbuah negeri nama Chaldean di sebuah bndr nama Ur yg trletak di Babylon di tebing sg Furat (Euphrates).
Ayahnya brnama Azar bin Nahur sorg pembuat patung2 sembahan msyrakat pd zaman kemusyrikan n kekufuran itu..Nabi Ibrahim telah menegur ayahnya dlm ayat ke 74 surah An-Nam
"ingatlah ketika Ibrahim brkata kpd bapanya,Azar.."Adakah engkau ambil berhala mnjadi Tuhan? sesungguhnya aku melihat engkau & kaum engkau dlm kesesatan yg nyata"

mengikut riwayat awalnya pd suatu ketika Nabi Ibrahim a.s semasa di Kutha..telah di bakar hidup2 kerana menegakkan agama Allah..tetapi Allah telah mnyelamatkannya,lalu baginda telah pergi ke Harran di utara Mesopotamia trletak di Sg Dajilah (Tigris n sg Furat)

Makkah

" sesungguhnya rumah yg pertama sekali di dirikan tuk manusia beribadat ialah bait Allah yg di Bakkah (Makkah)    itu..yg di beri penuh berkat & petunjuk bg Al'Aalamin (isi alam ,manusia & jin) "
                                                                                                                      (Ali Imran ayat 96)


makkah adalah sbuah Kota Suci (Al-Balad Al Haram),yg sgt di muliakn oleh Allah SWT dan Rasulullah saw..
Rasulullah saw pernah brkata ktika bgnda brhijrah ke Yathrib..
engkau adalah tanah yg trbaik drpd Allah,tmpt yg di sygi Allah..Allah telah mmperlindungkan smua yg brada di makkah,hinggakan Dia telah mgharamkan pokok2 di tebang, binatang n unggas dr di buru..juga Allah mmberikan ganjaran pahala yg byk jika brada di makkah

lafaz bismillah pembuka kata

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam.
Selawat & Salam di sampaikan buat Junjungan Nabi Muhammad SAW,keluarga serta sahabat2 baginda.

Alhamdulillah dgn izin-Nya aku dpt menulis lagi dlm blog syurgaku syurga mu..sesungguhnya blog ini terhasil atas kesedaran yg telah lama membuku di jiwa cuma merealisasikannya mnjadi nyata terlalu byk rintangan dr segi masa,n terutama dlm mencari satu identiti blog yg berunsurkan pengajaran..
moga Allah selalu mmberikan kekuatan n kesabaran dlm mnjadikan blog ini sbg tmpt gedung ilmu mncari cahaya kebenaran...
segala kesilapan dan kekurangan adalah kelemahan penulis syurga ku syurga mu..dan segala yg baik itu dtgnya dr Allah..teguran mmbina amatlah di alu2kan tuk mmbetulkan kesilapan dr semasa kesemasa dlm penulisan ini..
so apa2 ayat yg menyentuh perasaan  harap dpt di maafkan..kerana blog ini bertujuan hanya brkongsi ilmu bkn tuk mengaibkan sesiapa..

sekian..