Tuesday, July 26

selamat panjang umur my putri

selamat hari jadi anak ku...moga jadi anak kebanggaan papa n mama..jadi anak solehah..berjaya dunia akhirat..

Tuesday, July 5

syukran Dr Aidh Abdullah

alhamdulillah Ya Allah,terima kasih dgn rezeki yg di beri,dpt juga peluang mmbeli buku hasil tulisan DR Aidh Bin Abdullah Al Qarni..terjemahan Muhammad Huzaifah
melihat cover buku ini saja sudah mmbuatkan hati wanita sy berkata bahagia nya tgok buku ni..apalagi bila dpt mmbaca dan mghayati isi kandungannya..Ya Allah betapa jauhnya khidupan ku lari dr paksinya..ampun kan hambaMu ini..alhamdulillah setelah mmbaca buku ini dan buku2 lain dapat juga mmbersihkan hati nurani yg penuh dgn masalah,penuh dgn keserabutan..insyaAllah

Allah itu Maha penyayang..sentiasa mmberi peluang kpd hambaNya utk mncari ilmu n mmperbaiki diri sblm mghadapNya..

dgn ilmu yg sedikit dlm dada dpt juga di tambah dgn ilmu2 yg bermanfaat dgn dpt mmbaca isi kandungan dlm buku ini..
tidak rugi mmbeli buku2 agama walau berapa pun harganya coz ilmu yg terkandung di dlm nya tidak akan di temui di mana2..
sy harap dpt berkongsi serba sedikit ilmu yg sy ambik dlm stiap buku2 yg sy baca..kerana ia akan mmbuatkan hati kita terasa bahagia bila mmbacanya..tetapi utk mgetahuinya dgn lanjut silalah beli lah buku2 tersebut..kerana lg byk ilmu yg terkandung di dlmnya dr apa yg sy nak share.

Saturday, July 2

menjalin hubungan sesama manusia

" memiliki kekayaan harta dunia itu antara naluri manusia yg di izinkan oleh islam"

tetapi setiap harta dunia yg di miliki oleh seseorg pasti akan melalui proses penyiasatan yg rapi di hadapan Allah swt di akhirat kelak. 2 malaikat Kiraman dan Katibin yg merekodkan setiap amal dan juga harta milik seseorg.

di riwayatkan bahawa Aisyah pernah mndgr bahawa Rasulullah saw pernah bersabda mgenai seorg hartawan di kalangan sahabat iaitu Abdul Rahman bin Auf, bahawa beliau di janjikan Rasulullah saw antara para sahabat yg masuk syurga TETAPI dlm keadaan mengengsot.

Abdul Rahman ketika mndgr kabar itu dpt memahami bahawa punca berlaku keadaan trsebut ialah kerana beliau sorg hartawan yg memiliki harta yg byk..maksudnya beliau berhenti lama kerana pemeriksaan trhadap hartanya yg byk sbg sorg perniagaan.

menurut beberapa riwayat, antara punca beliau mnyerahkan kesemua hartanya sbyk 100 ekor unta penuh brg dagangan, ada riwayat lain mgatakan 700 unta kpd Rasulullah saw kerana beliau bimbang klu harta itu mnjadi halangan utknya memasuki syurga.

Abdul Rahman bin Auf walaupun dlm keadaan mgengsot melalui titian sirat al Mustaqim, ttpi sudah pasti amat bruntung kerana walau dlm keadaan demikian ttp brjaya melalui ujian besar itu.ia hanya di sebabkan ia memiliki harta yg byk walaupun ia dr sumber yg halal

dan bagaimana pula yg di hadapi oleh kita or pemburu harta dunia yg semuanya mggunakan riba..bagaimana nasib kita melalui titian sirat al Mustaqim yg di bawahnya kawah neraka..
tidak ada sorg pun yg dpt mngelak dr melalui titian itu di akhirat kelak,sbgmana di riwayatkan bahawa titian itu lebih halus dr rambut di belah seribu n lebih tajam drpd mata pedang.
manusia mnyeberangi titian tersebut menurut taraf ketaqwaan masing2.ada yg sepantas kilat, ada yg spt berlari dn sbgnya..


perlu di fahami ialah islam tidak pernah mghalang memiliki harta dunia kerana jika demikian tentulah Rasulullah saw tidak mmbiarkan para sahabatnya brniaga dn memiliki harta.
memiliki harta kekayaan itu antara naluri manusia, tetapi bkn sbg penghimpun harta kekayaan yg tamak sprt qarun yg di laknat Allah swt
islam mengemukakan zakat sbg peraturan supaya manusia mnjadi pemurah, dgn zakat manusia tidak akan mnjadi pengumpul harta yg bakhil kerana harta dunia ini hnya di wujudkan oleh Allah  adalah utk di jadikan alat bg manusia mnjalin hubungan dgn Allah swt dan hubungan sesama manusia.

mutiara iman 11

" dunia yg hanya lahirnya tidak di senangi oleh Rasulullah saw itu ialah dunia yg tidak di proses dgn peraturan syariat".

Rasulullah saw bersabda:

" klu sekiranya dunia ini berharga di sisi Allah swt maka walau sberat sayap nyamuk nescaya tidak akan di berinya kpd org2 kafir walau seteguk air"
                                                           ( HR At-Tirmidzi )

pantang larang

" sifat sorg pencari ilmu sentiasa mengkaji perkara2 yg mmberi manfaat, bukan sekadar utk kehidupan di dunia yg sementara"

drpd Anas, bahawa Rasulullah saw bersabda bermaksud :
" ketahuilah bahawa dunia ini mal'unah (di laknat) kecuali zikrullah dan org yg berilmu serta mereka mmpelajari ilmu."
demikianlah nasihat Rasulullah saw ttng dunia. sesungguhnya ia bknlah sesuatu yg brharga bg Allah swt, justeru dunia di kutuk sekiranya semata2 dunia yg tiada hubung kait dgn matlamat akhirat. dunia yg di raih tanpa mengingati Allah swt akan mnyebabkan manusia mnjadi hamba dunia.

kecuali apabila dunia di tadbir dgn zikrullah iaitu dgn mengingati Allah swt sama ada zikrullah dgn hati dan lidah yg sentiasa ingat dan takut akan Allah swt atau zikrullah dgn amalan, iaitu sentiasa prihatin trhadap kegiatan duniawi yg di batasi dgn halal haram makruh sunat.
andainya dunia tidak mmpunyai pantang larang halal haram tiada di bezakan, riba yg Allah swt dan RasulNya perangi habis-habisan, sayangnya mereka jadikan suatu sistem muamalat yg di agung2kan. malah jika tanpanya di anggap dunia tidak maju,maka jelaslah dunia spt di laknat Allah swt

manusia sekadar singgah sebentar di dunia, justeru dia harus merenung jauh dan mengingat kembali peranannya di dunia ini

jutawan melampaui batas

" jika manusia tidak berusaha, maka rezeki yg sudah di janjikan oleh Allah swt itu nescaya akan terlepas dr tangannya".

Abu Hurairah RA. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda yg bermaksud :

" tiada yg di nanti oleh seorg antara kamu melainkan menunggu kaya yg jadi pelampau atau menunggu tanpa usaha sampai jadi miskin shingga lupa halal dan haram, atau menunggu shingga di landa sakit yg mnyebabkan punah seluruh tenaga utk berusaha, atau duduk diam shingga mnjelang tua kemudiannya tidak terdaya lg mlakukan sesuatu or duduk diam shingga dtg ajal secara mengejut".

5 soalan tidak di jwb dgn Lidah

" Allah swt kurniakan hidup dgn kelahiran manusia drpd rahim ibu, sebagai 1 rahmat yg mesti di syukuri ".

kita dapati di kalangan manusia, ada yg mnggunakan perkataan 'sibuk' sbg alasan..bila gagal mghadiri prjumpaan or tidak dpt hadir majlis tertentu or jarang datang ke masjid berjemaah..bila di tanya maka jawapannya standard ' sibuk'.

apakah sibuk itu alasan yg sebenar?..namun persoalan yg di tekankan oleh Rasulullah saw dlm hadis itu adalah mengingatkan kita betapa masa itu sgt bernilai, masa adalah tua..manusia telah di tetapkan usianya sejak azali lg

masa n usia amatlah trbatas bg makhluk brnama manusia, umur bg umat aftr Rasul tidaklah pjg, sesuai dgn fizikalnya yg semakin lemah apabila menjelang usia tua.
tidak spt pohon kayu di hutan, semakin lanjut usianya maka semakin kukuh urat2 kayu itu dn smakin mencengkam akarnya dn mampu hidup ratusan thn.

begitulah 5 kesempatan yg di kurniakan Allah swt kpd hamba-Nya
muda sblm tua,sihat sblm sakit, kaya sblm miskin, lapang sblm sibuk dan hidup sblm mati.

5 perkara itu akan di tanya sbaik sahaja di bangkitkan di hari Masyar, semua soalan tersebut mesti di jwb, sygnya yg mnjwb kelak bknlah lidah tetapi pengakuan dr setiap anggota yg bertanggungjwb melakukan sgala tindakan samada amalan kebaikan dan kejahatan.

Mutiara iman 10

" harta boleh di capai sebanyak mana dan sedaya yg mampu di lakukan manusia, tetapi jangan sekali menjadi Qarun yg mabuk dgn kekayaannya".

so renung2kan..